Monday, October 7, 2013

Set Bersalin dan Rawatan Selepas Bersalin

Kepakaran Kak Iss ialah penjagaan selepas bersalin berlokasi di Petaling Jaya, Selangor.
Berapa ramai yang ingin mencari orang yang boleh menjaga selepas bersalin untuk ibu dan bayi. Berapa ramai ingin kembali seperti keadaan anak dara dan sebelum bersalin.
Tahukah anda selepas kelahiran anak kedua amat susah mendapatkan kembali bentuk badan seperti anak dara jika kita tidak menjaga dan berpantang dengan betul?


Rawatan lepas bersalin Kak Iss 016-9488055
Kak Iss yang berbaju hijau dalam akhbar media hiburan Sept 2005
Salun di petaling jaya
Menyediakan rawatan lepas bersalin atau set bersalin

Rawatan lepas bersalin Kak Iss 016-9488055


Pengalamannya lebih 10 tahun dalam penjagaan selepas bersalin,  set bersalin menjamin anda mendapat khidmat yang terbaik . Dia juga boleh membuat jamu sendiri. Rawatan Lepas Bersalin di Selangor / Kuala Lumpur

Jamu traditional Kak Iss 016-9488055

Jamu traditional Kak Iss 016-9488055

Kepakaran Kak Iss menyediakan dan membuat rawatan khusus untuk wanita yang ingin menjaga kesihatan secara tradisional supaya sihat, cantik dan anggun.

Secara Rawatan Lepas Bersalin di Selangor / Kuala Lumpur spesifiknya adalah membantu penjagaan wanita dan bayi selepas bersalin hingga habis pantang meliputi
- Set bersalin
- Rawatan traditional
- Lulur badan
- Tungku Batu
- Tangas 
- steam bath
- rawatan bersalin
- urut betulkan rahim untuk yang ingin mendapatkan zuriat
- whitening scrub
- masker payudara
- masker badan

Antara pelanggan tetap Kak Iss ialah isteri Awie

Tahukah anda dari info seorang rakan yang bekerja di syarikat yang meluluskan claim insurans syarikat Australia. Dia memberitahu berdasarkan pengalaman melihat jenis penyakit yang orang Australia claim melalui insurans, kita beruntung ada rawatan tradisional seperti ini kerana di Eropah sangat ramai wanita yang kena penyakit rahim jatuh hingga terkeluar dia hadapan atau belakang. Terpaksa dibuang jika tidak akan menyebabkan kematian.

Ia dipanggil servics elapse atau rahim jatuh kerana mereka tidak menjaga pantang atau selalu mengangkat barang berat hingga jatuh rahim. Doktor tidak urut betulkan rahim melainkan melakukan pembedahan. Orang putih selalunya tidak mengamalkan pantang, selepas bersalin tiga hari dah keluar membeli-belah menolak troli berat.

Secara ideal, setiap kali period kita patut betulkan balik kedudukan rahim. Ketika period, rahim wanita akan ke bawah, kemudian patutnya akan naik sendiri. Namun wanita zaman sekarang, dengan gaya hidup, stress dan pemakanan, menurut Kak Iss seringkali rahim itu tidak kuat untuk kembali naik selepas period.

Jadi untuk wanita yang menghadapi masalah ini, disarankan berurut dengan yang pakar spesifik pada urutan rahim atau rawatan selepas bersalin. Tidak sama dengan urutan spa atau urutan badan yang biasa. Selalunya hanya mak bidan dan perawat selepas bersalin seperti kak Iss.

Jika ingin penjagaan selepas bersalin, set bersalin, berurut atau mendapatkan jamu istimewa kak iss tanpa pengawet sila hubungi Kak Iss 016-9488055.

Rumahnya di Seksyen 51A Petaling Jaya, sebelah lebuhraya persekutuan hanya 20 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Puchong, Shah Alam atau Damansara. Tak perlu pergi jauh-jauh.

Gambar  terkini Kak Iss bersama suaminya


Mari kita dapatkan Rawatan Lepas Bersalin di Selangor / Kuala Lumpur
Set bersalin

Sunday, October 6, 2013

Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang Bersalin

Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang Bersalin
Dipetik dari buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah
Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
    • Rawatan Berlulur
    Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
    • Rawatan Berbengkung
    Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
    Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
    • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
    Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
    • Rawatan Ukup Wangi
    Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
    • Senaman Kemutan Otot Rahim
    Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
    • Darah Nifas 
    Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya kelaur cecair kekuningan sehingga men

      Nota:
      Buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' ini ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah iaitu pengasas Nona Roguy dan juga pengamal kesihatan tradisional melayu. Buku ini mengandungi panduan lengkap untuk ibu-ibu mengandung, pantang bersalin dan penjagaan bayi. Di sini saya hanya menulis secara ringkas apa yang terkandung di dalam buku ini. Terdapat pelbagai pengetahuan mengikut perbidanan melayu iaitu dari proses kehamilan, berpantang dan juga penjagaan bayi. Selain itu turut memuatkan mengenai ketidaksuburan, keguguran serta resepi-resepi penyediaan herba melayu. 

      Saturday, October 5, 2013

      Berpantang

      Impikan badan yang kembali menawan dan langsing selepas habis berpantang?
      Inginkan kesihatan anda kembali pulih selepas berpantang?
      Inginkan produk yang terjamin kualiti dan keberkesanannya?
      Tahukah anda?
      • Amalan berpantang yang betul dapat mengekalkan awet muda
      • Pengeluaran darah nifas, daah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin dapat mengembalikan kejelitaan dan kesihatan ibu
      • melulur dapatt menghidari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan penyakit kebas, bisa otot serta sendi dan urat saraf.


      SET HERBANIKA BERSALIN NR

      dahulu Set Herbanika Bersalin Nona Roguy
      • Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
      • Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
      • Minyak herbanika 100ml - minyak sapuan badan dan urut
      • Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
      • Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
      • Herbanika Lulur - untuk menyental kulit

      Friday, October 4, 2013

      Pengamalan Pemakanan Kesihatan Herba Nona Roguy (NR) Lelaki dan Wanita


      Pengamalan Pemakanan Kesihatan Herba Nona Roguy (NR) Lelaki dan Wanita
      Amalan setiap hari atau Seminggu 3 kali

      Herba
      1. Akar Herbanika
      2. Mustajab Lawas Segar + Mustajab Lawas Angin/PhytoCleanse  (Normal)
      3. Mustajab Lawas Kencang + Mustajab Lawas Angin/PhytoCleanse Plus (Sembelit)
      4. Mustajab Lawas Segar/PhytoCleanse (Sensitif)
      5. Phytox
      6. Madu Lebah Asli
      Pagi, Tengahari dan Petang
      • Minum 1 gelas air Akar Herbanika dengan madu lebah asli
      Petang atau Malam

      Pemilihan boleh di buat samada mengambil dalam bentuk serbuk atau tablet mengikut kelawasan sistem pembuangan air besar.

      1. Lawas air besar (Normal)
      • 1 skop Mustajab Lawas Segar + 1 skop Mustajab Lawas Angin + 1 biji Phytox (bentuk serbuk) atau
      • 1- 2 biji PhytoCleanse + 1-2 biji Phytox (bentuk tablet)
      2. Tidak lawas (Sembelit)
      • 1 skop Mustajab Lawas Kencang + 1 skop Mustajab Lawas Angin + 2-3 biji Phytox. Diselang-selikan dengan 1 skop Mustajab Lawas Segar + 1 skop Mustajab Lawas Angin (bentuk serbuk) atau
      • 1-2 biji PhytoCleanse Plus + 2-3 biji Phytox  Diselang-selikan dengan PhytoCleanse Plus 1 - 3 biji (tablet)
      3. Terlalu lawas buang air besar (sensitif)
      • ½ skop Mustajab Lawas Segar dan diselang-selikan dengan 1 skop Mustajab Lawas Angin (bentuk serbuk) atau
      • 1 biji Phyto Cleanse diselang-selikan dengan 1 biji Phytox (bentuk tablet)
      Bagi wanita, Phytox tidak boleh diambil ketika haid, amalan lain boleh

      Pengamalan herba untuk gagah kelelakian atau vitaliti Herba
      1. Madu Tenaga Segar
      2. Akar Herbanika
      3. Mustajab Lawas Segar + Mustajab Lawas Angin/PhytoCleanse  (Normal)
      4. Mustajab Lawas Kencang + Mustajab Lawas Angin/PhytoCleanse Plus (Sembelit)
      5. Mustajab Lawas Segar/PhytoCleanse (Sensitif)
      6. Phytox
      7. Madu Lebah Asli
      Pagi
      Amalkan 1 sudu teh paras Madu Tenaga Segar digentelkan atau digaul denga. Madu Lebah Asli. Ambil dengan Akar Herbanika dicampur Madu Lebah Asli. (Jika ada kencing manis, tidak perlu madu)

      Petang atau Malam

      Pemilihan boleh di buat samada mengambil dalam bentuk serbuk atau tablet mengikut kelawasan sistem pembuangan air besar.

      1. Lawas air besar (Normal)

      • 1 skop Mustajab Lawas Segar + 1 skop Mustajab Lawas Angin + 1 biji Phytox (bentuk serbuk) atau
      • 1- 2 biji PhytoCleanse + 1-2 biji Phytox (bentuk tablet)
      2. Tidak lawas (Sembelit)
      • 1 skop Mustajab Lawas Kencang + 1 skop Mustajab Lawas Angin + 2-3 biji Phytox. Diselang-selikan dengan 1 skop Mustajab Lawas Segar + 1 skop Mustajab Lawas Angin (bentuk serbuk) atau
      • 1-2 biji PhytoCleanse Plus + 2-3 biji Phytox.  Diselang-selikan dengan PhytoCleanse Plus 1 - 3 biji (tablet)
      3. Terlalu lawas buang air besar (sensitif)
      • ½ skop Mustajab Lawas Segar dan diselang-selikan dengan 1 skop Mustajab Lawas Angin (bentuk serbuk) atau
      • 1 biji Phyto Cleanse diselang-selikan dengan 1 biji Phytox (bentuk tablet)
      Kembali ke Atas

      Merapatkan saluran faraj dan mengatasi masalah lelehan, berair atau keputihan.
      Herba
      1. Barra Gel
      2. PhytoVagin Gel
      • Sehari sekali atau 2 kali (pagi dan malam), lakukan cucian dan cebukkan bahagian sulit dengan Barra Gel.
      • Cuci bersih bahagian sulit (luaran faraj) dengan air terlebih dahulu. Tuangkan 1-2 titis Barra Gel dan lakukan sapuan dan cucian luaran faraj serta dalaman saluran faraj (gunakan jari telunjuk untuk cucian meruang ini). Bilas bersih dan kesat.
      • Sapukan 2-3 titis PhytoVagin Gel ke dalam saluran faraj. Biarkan 2-5 jam. Jika perlu cuci semula selepas 5 jam dan buat sapuan semula.
      • Cuci dengan air sebelum berjimak
      Kembali ke Atas


      Kesegaran dan kesihatan faraj
      Herba
      1. Minyak Berubat Mustajab
      • Untuk kesegaran dan kesihatan sulit - Sapuan Minyak Berubat Mustajab ke seluruh saluran faraj. Boleh juga gabungkan dengan PhytoVagin dan Barra Gel.
      Ketika haid - lakukan sapuan Minyak berubat Mustajab ke bahaian luar faraj dan tuangkan ke atas tuala wanita atau pad untuk membantu mengatasi masalah senggugut, ketidakselesaan sulit atau bahagian ari-ari (abdomen bawah) dan mengatasi masalah haid berbau di samping melancarkan peraliran darah anda

      Kembali ke Atas


      Menghaluskan kulit badan dan kemantapan tubuh badan
      Herba
      1. Herbanika Lulur
      2.Minyak Berubat Mustajab
      3. Sabun Dhia
      4. Barra Gel
      • Basuh seluruh kulit badan
      • Ambil 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur digaul dengan sebati dengan Minyak berubat mustajab seperti pes. Sapurata pada kulit dan lakukan gosokkan atau urutan yang lembut sehingga terasa bersih. Bilas dan mandi
      • Gunakan sabun Dhia untuk menyegarkan kulit badan
      • Bilas dan gunakan Barra Gel ke seluruh kulit badan. Mandi bersih dan kesat kering
      Kembali ke Atas

      Penjagaan kulit kepala dan rambut
      Herba
      1. Minyak Berubat Mustajab
      2. Barra Gel
      • Gosokkan Minyak Berubat Mustajab ke atas seluruh kulit kepala dan lakukan urutan lembut untuk melancarkan peraliran darah. Biarkan selama 1 jam.
      • Kemudian shampu kulit kepala dengan Barra Gel. Bilas bersih dan gunakan perapi rambut pilihan sendiri sebelum dibilas.
      Kembali ke Atas

      Penjagaan kesihatan, kepejalan dan kecantikan payudara
      Herba
      1. Minyak Berubat Mustajab
      2. Minyak Herbanika
      3. Barra gel
      4. Herbanika Lulur
      5. Mustajab krim
      6. Krim Syifa'
      Seminggu sekali atau mengikut keperluan
      • Campurkan sedikit Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika.  Lakukan sapuan dan urutan secara putaran sehingga minyak meresap liangan kulit anda.
      • Gaulkan Barra Gel (sekurang-kurangnya 1 sudu besar penuh) dan 1 sudu besar paras Herbanika Lulur. Sapukan rata ke bahagian payudara dan biarkan ia mengering seperti mask selama 20 minit. Kemudian span bersih dan kesat kering.
      Harian 
      • Untuk memejalkan dan memontokkan payudara - Gunakan sapuan Mustajab Krim sehingga ia meresapi liangan kulit payudara. Lakukan sehari 1-2 kali.
      • Untuk merapikan bentuk payudara yang kembang, terlalu besar atau mengeleber - Gunakan gabungan sapuan sedikit Minyak Herbanika dan Krim Syifa' sehingga ia meresapi liangan kulit payudara. sapuan dan urutan diperlukan di bahagian ketiak, belakang serta tepi kiri dan kanan payudara. Ini akan membantu memberikan bentuk yang lebih rapi dan cantik tanpa mengembang.



      Amalan untuk mengempiskan perut buncit, besar, lembik atau menggeleber
      Herba
      1. Krim Syifa'
      2. Sabun Dhia
      3. Gel Herba Barra
      4. Minyak Herbanika
      Lain-lain
      1. Cepu Tuaman Herba/Batu Tuku Berubat
      2. Girdle/Seluar Khas Slimming Pants/Bengkung
      Setiap waktu pagi & malam-
      • Bertuam  dengan Cepu Tuaman Herba atau Batu Tuku Berubat  selama 20-30 minit keseluruhan tubuh terutamanya dibahagian yang bermasalah lemak berlebihan atau buncit.
      • Sapu rata 1 sudu besar paras Krim Syifa' Nona Roguy ke bahagian atas perut, perut, pinggang, pinggul & peha sehingga krim meresapi liangan kulit anda.
      • Gunakan seluar atau pakaian dalam khas (girdle) atau pakaian yang membantu membakar lemak yang ada di pasaran sekarang untuk mempercepatkan proses kelangsingan tubuh badan.
      • Waktu petang, mandi atau bersihkan. Gunakan Sabun Dhia semasa mandi - gunakan bahagian 'skrab' untuk membantu memecahkan lelemak berlebihan & anti-selulit.
      • Gunakan bahagian 'rata' untuk menghaluskan & mencerahkan kulit dan memantapkan kulit badan anda. Bilas dan kemudiannya gunakan pula  Gel Herba Barra  untuk membersihkan kulit tubuh diikuti dengan bilasan air bersih & Kesat kering.
      Waktu Petang atau Malam:-
      • Bertuam kembali dengan Cepu Tuaman Herba atau Batu Tuku Berubat  selama 20-30 minit keseluruhan tubuh terutamanya dibahagian yang bermasalah lemak berlebihan atau buncit.
      • Sapu Minyak Herbanika Nona Roguy ke seluruhan bahagian perut termasuk payudara (jika mahu) sehingga meresapi liangan kulit anda kemudian, sapu 1 sudu besar paras Krim Syifa' Nona Roguy seperti di atas.
      • Gunakan pakaian atau 'Seluar jenis Girdle' atau 'Seluar Khas Slimming Pants' (terdapat dipasaran) yang dapat menyokong bahagian perut anda agar kempis dan tidak terbiar tanpa sokongan. Untuk kesan yan lebih baik boleh gunakan bengkung.
      • Biarkan sehingga waktu malam. Kepada yang berkahwin, jika suami tidak gemarkan bau 'minyak' pastikan anda bersihkan semula dan hanya gunakan sapuan Krim Syifa' sahaja!